hari sukan tahun ini merupakan pengalaman baru buat hampir semua ahli. tahun ini terasa dingin dengan rumah-rumah lain, Modenas telah dipulaukan, diperli. tapi takpelah, ada hikmah tu. tahun depan ada lagi, pulun habis-habis. yang penting, jangan riak, jangan cakap besar, jaga kelakuan. buat markah-markah lain, macam 3K, sahsiah, akademik pun penting.
OLAHRAGAWAN tahun ini, jatuh kepada, MOHAMMAD IQBAL SABIRIN dari Modenas. alhamdulillah. tahun ini Modenas mengumpul lebih kurang 13 pingat emas. walaupun tidak mencapai target, iaitu 20, tapi dengan apa yang kita dah dapat setakat ni, alhamdulillah.
maka tamatlah sudah hari sukan tahun 2011. buat ahli tingkatan lima, berakhirlah sudah zaman berhari sukan buat kita. alhamdulillah ;)