Wednesday, March 14, 2012

Berdebat Itu Bodoh??

(A long, long time ago, In a galaxy far-far away, Lynas was under an attack...)


Filem Star Wars terbit pada tahun 1977, bersamaan tarikh lahir aku, dan ditayangkan pada kaca TV Malaysia adalah sekitar tahun 80-an, aku sempat menonton ketika sekolah rendah, keesokkan harinya, ketika pulang sekolah, seorang kenalan ayah aku datang ziarah ayah aku sempena ada kenduri kahwin di kampung aku, dan dipendekkan cerita, berlakulah perbualan di antara aku yang masih bersekolah rendah dengan kawan ayah aku yang sudah tua bangka. Kita namakan dia sebagai Pakcik.
Kata Pakcik tu: “semalam ada ‘Back Wars’, kan?”
Back wars?, kerut kening aku lalu dengan penuh konfident menjawab: “Semalam, bukan ‘Back wars’ Pakcik, tapi ‘Star Wars’!”
Pakcik yang mula pening dengan jawapan aku mulai bertegas : “Star Wars apa pulak?, Back Wars lah!”
Aku yang konfident kerana dapat mengajar orang tua:
“Apalah pakcik ni, Star wars, bukan Back Wars!”
Pakcik tu yang mula angin: “Apahal kau ni, semua orang panggil Back Wars!”
Aku yang mula berlagak: “Pakcik orang tua, mana tahu sebut dengan betul-betul, Star Wars lah pakcik”
Pakcik yang tak dapat terima hakikat: “Back wash!”
Aku yang terima hakikat dengan berlagak: “Star Wars!”
Pakcik tu: “Back Wars”
Aku: “Star Wars!!!”
Akhirnya pakcik tu bosan dan beredar, lalu aku ceritakan kepada kakak aku akan kejahilan Pakcik tu tentang dunia dan kesalahan menyebut Bahasa english, waktu cerita, ada unsur riak dalam diri aku.
Akhirnya Kakak aku gelakkan aku, lalu berkata:
 “apalah kau ni Hamka, Back wars dalam bahasa Terengganu bermaksud kenduri, yang kau pergi bertekak dengan pakcik tu apahal?! Diapun tak tahu menatang apa Stars Wars, dan kau pulak tak tahu menatang apa Back Wars! Eloklah tu, jika bertekak, sampai mampuspun tak ada yang menang..
Woha!
Aku tersengih dan malu kepada diri sendiri, rupa rupanya, di Terengganu, kenduri kahwin di sebut sebagai ‘Back Wah’ dan Star Wars dalam loghat terengganu jugak berbunyi “Star Wah’, itu yang aku bertekak macam orang bodoh, rupa rupanya, dua dua bodoh! PELEPAP! (bunyi Tepuk dahi)
MORAL: Ramai orang berdebat, bertekak, berbalah hari ni, sedang masing masing tak tahu hujung pangkal, jika teruskan perbalahan, memang bangang! Terutama orang yang berbalas bab Lynas dan Hudud, dua dua bengong aku nampak.., pesan aku, bab sains, rujuklah ahli sains bukan ahli politik, dan bab ugama, rujuklah ahli ugama dan bukan ahli politik. Akai ada ke?
Akhir kata:
“Wahai orang politik, korang boleh bodohkan semua manusia dalam satu satu masa, atau korang boleh bodohkan segolongan manusia sepanjang masa, tapi korang tak boleh bodohkan semua orang sepanjang masa. (Kata kata Abraham Lincoln yang aku dah ubah bagi sedap-woha!)
Aku petik pulak kata-kata Imam Syafee:
“Jika aku berdebat dengan orang pandai, aku akan menang, tapi jika berdebat dengan orang bodoh, aku akan kalah...”
Petik pulak kata kata sahabat Nabi:
“janganlah berdebat dengan orang bodoh kerana ianya akan membuat hati kamu menjadi gelap.”
I rest my case.
Ps:Aku nak berfalsampah jugak, maka “Aku tak nak berdebat dengan orang bodoh, sebab nanti akan menghina kebijaksanaan aku- woha!”

Monday, March 12, 2012

Hari Keluarga SBP


Salam buat pembaca,, :D

Pada 3 Mac 2012, buat julungjulung kalinya sekolah kita telah mengadakan Hari Keluarga SBP.
Jamuan makan tengahari ini telah diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh ibu bapa, alumni, dan orang ramai.
Jamuan makan ini telah disusun mengikut rumah sukan.


Board yang cantik dihias :)

Ruang makan ahli rumah Modenas


Mengambil makanan


Antara ibu bapa yang hadir :D

Seronok Menjamu selera :D


Persembahan :D


Senarai Keluarga SBP rumah MODENAS


Persembahan Nasyid :)


Ruang makan MODENAS :D

Oh ya! Rumah Modenas telah memenangi Keceriaan Keseluruhan dalam jamuan makan ini.
*ClapClapClap*



MERENTAS DESA



Pada 20 Februari 2012, bersamaan hari Isnin  ,Acara Merentas Desa telah diadakan :D
larian merentas desa ini bermula kira-kira pada pukul 3.30 petang.
Seluruh warga SBPIS telah mengambil bahagian dan sangat bersemangat,
khususnya pelajar rumah MODENAS.

Walaupun,
Hujan di pertengahan jalan. hujan dengan lebatnya. tapi ia tidak mematikan semangat kami! hiyeahhh!!

Go Modenas Go!!!

Di Garisan Permulaan

Sebelum bermula larian

Modenas dan Petronas :)





Sunday, January 29, 2012

inventori MODENAS :D


kalau tiada aral melintang, ini akan jadi inventori seluruh ahli MODENAS.
terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang idea bagi menghasilkan inventori ini.