(A
long, long time ago, In a galaxy far-far away, Lynas was under an
attack...)

Filem Star Wars terbit pada
tahun 1977, bersamaan tarikh lahir aku, dan ditayangkan pada kaca TV Malaysia
adalah sekitar tahun 80-an, aku sempat menonton ketika sekolah rendah, keesokkan
harinya, ketika pulang sekolah, seorang kenalan ayah aku datang ziarah ayah aku
sempena ada kenduri kahwin di kampung aku, dan dipendekkan cerita, berlakulah
perbualan di antara aku yang masih bersekolah rendah dengan kawan ayah aku yang
sudah tua bangka. Kita namakan dia sebagai Pakcik.
Kata Pakcik tu: “semalam ada ‘Back Wars’, kan?”
Back wars?, kerut kening aku lalu dengan penuh konfident menjawab:
“Semalam, bukan ‘Back wars’ Pakcik, tapi ‘Star Wars’!”
Pakcik yang mula pening dengan jawapan aku mulai bertegas : “Star Wars
apa pulak?, Back Wars lah!”
Aku yang konfident kerana dapat mengajar orang tua:
“Apalah pakcik ni, Star wars, bukan Back Wars!”
Pakcik tu yang mula angin: “Apahal kau ni, semua orang panggil Back
Wars!”
Aku yang mula berlagak: “Pakcik orang tua, mana tahu sebut dengan
betul-betul, Star Wars lah pakcik”
Pakcik yang tak dapat terima hakikat: “Back wash!”
Aku yang terima hakikat dengan berlagak: “Star Wars!”
Pakcik tu: “Back Wars”
Aku: “Star Wars!!!”
Akhirnya pakcik tu bosan dan beredar, lalu aku ceritakan kepada kakak
aku akan kejahilan Pakcik tu tentang dunia dan kesalahan menyebut Bahasa
english, waktu cerita, ada unsur riak dalam diri aku.
Akhirnya Kakak aku gelakkan aku, lalu berkata:
“apalah kau ni Hamka,
Back wars dalam bahasa Terengganu bermaksud kenduri, yang kau pergi bertekak
dengan pakcik tu apahal?! Diapun tak tahu menatang apa Stars Wars, dan kau pulak
tak tahu menatang apa Back Wars! Eloklah tu, jika bertekak, sampai mampuspun tak
ada yang menang..
Woha!
Aku tersengih dan malu kepada diri sendiri, rupa rupanya, di Terengganu,
kenduri kahwin di sebut sebagai ‘Back Wah’ dan Star Wars dalam loghat terengganu
jugak berbunyi “Star Wah’, itu yang aku bertekak macam orang bodoh, rupa
rupanya, dua dua bodoh! PELEPAP! (bunyi Tepuk dahi)
MORAL: Ramai orang berdebat, bertekak, berbalah hari ni, sedang masing
masing tak tahu hujung pangkal, jika teruskan perbalahan, memang bangang!
Terutama orang yang berbalas bab Lynas dan Hudud, dua dua bengong aku nampak..,
pesan aku, bab sains, rujuklah ahli sains bukan ahli politik, dan bab ugama,
rujuklah ahli ugama dan bukan ahli politik. Akai ada ke?
Akhir kata:
“Wahai orang
politik, korang boleh bodohkan semua manusia dalam satu satu masa, atau korang
boleh bodohkan segolongan manusia sepanjang masa, tapi korang tak boleh bodohkan
semua orang sepanjang masa. (Kata kata Abraham Lincoln yang aku dah ubah
bagi sedap-woha!)
Aku petik pulak kata-kata Imam Syafee:
“Jika aku
berdebat dengan orang pandai, aku akan menang, tapi jika berdebat dengan orang
bodoh, aku akan kalah...”
Petik pulak kata kata sahabat Nabi:
“janganlah
berdebat dengan orang bodoh kerana ianya akan membuat hati kamu menjadi
gelap.”
I rest my case.
Ps:Aku nak
berfalsampah jugak, maka “Aku tak nak berdebat dengan orang bodoh, sebab
nanti akan menghina kebijaksanaan aku- woha!”